comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, di sini yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata polis menerima laporan berhubung kes ini jam 10.30 pagi kelmarin dan mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam.

“Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya.

“Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK),” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Rahimi Hasnawi (03-60641222).

Loading...
Terkini