comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis cari 8 remaja berlumba basikal lajak di Jalan Teluk Wanjah

Tangkap layar video tular

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Polis sedang mengesan sekumpulan remaja dalam rakaman tular yang berlumba basikal lajak secara berbahaya di jambatan Jalan Teluk Wanjah, di sini, yang turut menyebabkan seorang terjatuh dan mengalami kecederaan kecil, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pada jam 9.24 pagi tadi pihaknya menerima maklumat awam mengenai video berdurasi 20 saat berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.30 petang, Jumaat lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

“Rakaman itu memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya telah hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

“Ia memaparkan lebih kurang lapan orang remaja yang menunggang basikal dipercayai jenis basikal lajak berlumba sesama sendiri semasa menuruni jambatan Jalan Teluk Wanjah Alor Setar Kedah, tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan. Walaubagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar bagi membolehkan satu siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM300 dan bagi kesalahan kedua denda RM1000 atau penjara bagi tiga bulan.

“Polis Kota Setar meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan remaja terlibat, untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Ifzam bin Mohd Zaini di talian 0124043373 atau Balai Polis Trafik Kota Setar di talian 047321222.

“Sehubungan itu juga, polis menasihati ibu bapa di luar sana supaya memantau aktiviti anak mereka terutamanya pada musim cuti persekolahan ini, agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat seumpama ini yang bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah kepada pengguna jalan raya yang lain,” tambahnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini