comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari Celine bantu siasatan babit kes dadah

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Celine diminta menghubungi Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang wanita tempatan, Celine Chan Tzi San bagi membantu siasatan.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, Celine, 27, diperlukan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 membabitkan satu laporan di Bukit Jalil.

“Alamat terakhir adalah di nombor 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, 57000, Bukit Jalil, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di 017-4918404,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Cheras di talian 0392050357, Hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau mana-mana balai polis.

Loading...
Terkini