GOPENG: Polis sedang mencari lelaki yang tular menunggang skuter secara berbahaya tanpa memakai topi keledar di Kilometer (KM) 291 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan, dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Supt. Mohamad Nazri Daud pihaknya mengesan video dipercayai dirakam pengguna lebuh raya sama di media sosial pada jam 7.45 malam, semalam.
Polis sedang mencari lelaki yang tular menunggang skuter secara berbahaya tanpa memakai topi keledar di Kilometer (KM) 291 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah Selatan. pic.twitter.com/jGt06NuZdB
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 11, 2024
“Buat masa ini, kita belum pasti sama ada lelaki terbabit di bawah pengaruh alkohol atau dadah, serta bila kejadian sebenar berlaku.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 46 saat di laman Facebook memaparkan seorang lelaki menunggang skuter dengan melulu dan tidak memakai topi keledar di PLUS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.