comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari pemilik Facebook bantu siasatan polis trafik peras ugut

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat dua video yang tular di media sosial yang mendakwa dua anggota trafik di bangunan Sultan Iskandar melakukan peras ugut.

Ketuanya, Komisioner M.Kumar berkata, kedua-dua video terbabit dimuat naik di laman sosial Facebook “Sage” dan “Irene Teo” pada 13 Mac 2024.

Hantaran video berkenaan turut diulas melalui artikel yang dimuat naik oleh laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac 2024 dengan tajuk “S’porean couple allegedly made to give S$142 TO JB officers who Led them to empty lorry lane at Msia checkpoint towards Woodlands”.

Jelasnya, melalui hantaran video yang tular itu dipercayai penama Irena Teo telah diarah untuk membayar wang berjumlah 142SGD kepada kedua-dua anggota polis dari bahagian trafik bangunan Sultan Iskandar, bagi mengelak dikenakan saman kerana masuk ke laluan lori di kawasan check point 8A arah Johor Bahru, kira-kira jam 8.15 malam pada 10 Mac 2024.

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 384 kanun kesiksaan iaitu melakukan pemerasan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dari dua hukuman terbabit.

M.Kumar berkata, hingga kini Polis belum menerima sebarang laporan daripada mangsa bersabit kes berkenaan.

“Permohonan rasmi telah dibuat kepada pejabat konsulat Singapura di Johor Bahru untuk membantu mengesan dua pemilik Facebook berkenaan bagi membantu siasatan” ujarnya.

Polis Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang terbabit dalam salah laku jenayah demi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini