Tumpuan :
Nasional

Polis cari saksi kemalangan babit kanak-kanak 10 tahun

Foto hiasan

SUNGAI BULOH: Orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan penunggang basikal kanak-kanak di Jalan Stesen Kurang, di sini, semalam diminta tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 4.51 petang, semalam membabitkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

“Pihak polis meminta saksi kejadian tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau Sarjan Mohd Piddie Firdaus Renjis di talian 013-8322290 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat mengenai kejadian berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini