comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Johor ingatkan semua parti politik patuhi peraturan ketika berkempen

Oleh Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) di Johor diingatkan supaya mematuhi peraturan ketika berkempen dan merayu undi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sekiranya ada pihak yang degil, mereka akan berdepan dengan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Tegasnya, semua parti mahupun pemimpin sudah sedia maklum mengenai peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika berkempen, justeru mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Kita dapati banyak ceramah-ceramah yang dibuat oleh semua pihak dan pastikanlah ceramah itu mengikut peraturan yang ditetapkan. Pihak polis jika dapati ceramah itu tidak mengikut peraturan, Kita akan buka siasatan dan akan buat siasatan untuk ambik tindakan lanjut” katanya selepas meninjau persiapan Pusat Penamaan Calon Parlimen Batu Pahat, di Dewan Jubli Intan, hari ini.

Datuk Kamarul Zaman berkata, polis Johor telah mengenal pasti lapan kawasan panas di negeri itu pada PRU-15 kali ini.

Susulan itu polis akan membuat pemantauan yang lebih ketat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pada PRU-15, lebih 8,600 pegawai dan anggota akan ditugaskan mengawasi perjalanan pilihan raya di 26 kawasan parlimen termasuk 3,800 di 26 pusat penamaan calon pada 5 November nanti.

Loading...
Terkini