comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Kelantan keluarkan 60 saman trafik terhadap warga asing

Mohd Ali ditemui pemberita pada sidang media di Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengeluarkan 60 saman trafik terhadap warga asing membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata saman itu membabitkan kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar.

Katanya, bagaimana pengeluaran saman mencatatkan pengurangan berbanding 167 saman sepanjang tahun 2023 dan majoriti saman dikenakan atas kesalahan tiada lesen memandu.

“Kesemua saman ini dikenakan kepada warga asing daripada beberapa negara seperti Thailand, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

“Pihak polis sentiasa membuat pemantauan dan operasi bagi mengenal pasti warga asing yang melakukan kesalahan jalan raya demi keselamatan bersama, tambahan pula mereka perlu patuh akan undang-undang yang ditetapkan.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak memberi sewa atau kebenaran kepada warga asing untuk membawa kenderaan mereka kerana tindakan akan dikenakan jika berbuat demikian,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, tadi.

Mohd Ali berkata, setakat ini pengguna jalan raya membabitkan warga asing di negeri itu masih dalam keadaan terkawal susulan kemasukan golongan itu yang tidak terlalu ramai.

“Selain itu, sepanjang Januari sehingga hari ini pihak kami berjaya menahan 34 warga asing atas pelbagai kesalahan jenayah membabitkan 26 warga Indonesia, tujuh warga Thailand, seorang warga Myanmar.

“Jumlah tangkapan berkenaan naik mendadak berbanding hanya empat warga asing sahaja pada tahun lalu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini