comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis kenal pasti penjarah Kapal HMS Prince of Wales

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menjarah khazanah kapal perang British, Prince of Wales yang tenggelam semasa perang dunia kedua.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata beberapa sampel barangan yang dirampas telah dihantar untuk dianalisis oleh pakar sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Katanya, pihaknya bekerjsama dengan Jabatan Warisan Negara dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam siasatan berhubung kes itu.

Nama syarikat terbabit tidak didedahkan.

Dalam pada itu, APMM dalam satu kenyataan pagi tadi memaklumkan sebuah kapal pengangkut yang berdaftar di China ditahan pada kekedudukan 20.1 batu nautika, timur Tanjung Sedeli, tengahari semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang berdaftar di Fuzhou, China ditahan jam 12.45 tengahari itu kerana gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh.

Lebih mengejutkan katanya, pemeriksaan mendapati terdapat barangan besi buruk dipercayai bahagian kapal Prince of Wales bersama sebutir peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan unexploded ordinance di Tanjung Belungkor pada 18 Mei lalu.

Susulan itu semua 32 orang kru termasuk 21 warga China, 10 Bangledesh dan seorang rakyat Malaysia berusia 23 hingga 57 tahun direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan.

Sementara itu tinjauan di persisir pantai Tanjung Belungkor petang tadi, berjaya menemui pusat melerai besi buruk yang terletak kira-kira 200 meter dari jeti yang menjadi laluan utama penduduk dari Tanjung Surat ke Tanjung Belungkor.

Besi buruk berbentuk sebuah kapal perang terdampar berhampiran pusat ini manakala pekerja sibuk meleraikan besih buruk berkenaan.

Beberapa penduduk yang enggan nama mereka disiarkan berkata besi buruk berbentuk sebuah kapal dibawa masuk ke pusat berkenaan dipercayai sebuah kapal perang dunia kedua.

Mereka juga mendakwa terdengar bunyi satu letupan yang kuat dipercayai bom yang dijumpai dalam kapal berkenaan.

Loading...
Terkini