comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis kesan lelaki curi pakaian dalam wanita 


BAYAN LEPAS: Polis mengesan lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Taman Titi Heights, Balik Pulau, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ia susulan laporan diterima daripada kerani berusia 32 tahun.

Menurutnya, pengadu mendakwa pakaian dalam miliknya yang dijemur berhampiran pagar belakang rumah disedari hilang kira-kira 10.30 pagi.

“Pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya mendapati lelaki tidak dikenali mengambil penyangkut baju jemuran pakaian dalam wanita itu pada 4.47 pagi.

“Suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran tidak jelas dan mangsa kerugian RM100 kerana hilang baju dalam, seluar dalam serta stoking sekolah anaknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ini adalah kejadian kedua berlaku selepas Mac tahun lalu menyebabkan wanita itu memasang CCTV di rumahnya.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8664122 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 59 saat memaparkan perbuatan suspek yang memakai topi keledar berhenti di pintu pagar rumah mangsa sebelum mengambil pakaian dalam terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini