comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis kesan remaja perempuan hilang dari rumah sejak 5 Mac lalu

KULAI: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak 5 Mac lalu.

Remaja anak sulung itu tinggal bersama bapa kandung, ibu tiri serta dua adik tiri di kuarters Hostipal Temenggung Seri Maharaja Kulai.

Kehilangan remaja berkenaan hanya disedari ahli keluarga pada 5 Mac lalu sebelum membuat laporan polis.

Ketua polis daerah Kulai, Superitanden Tan Seng Lee dalam satu kenyataan berkata, remaja terbabit berkulit putih, mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, badan berisi dan memakai cermin mata.

“Siasatan awal kehilangan remaja terbabit disebabkan beliau enggan pergi ke sekolah apabila seisi persekolahan dibuka baru-baru ini” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mengetahui dimana remaja terbabit diminta menghubungi balai polis Kulai di talian 07-6632222 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Teo Feng Shun di talian 018-3774339 bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini