comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis marin rampas mercun tanpa permit 

MERSING: Pasukan Polis Marin Wilayah 2 di sini menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun dianggar bernilai hampir RM3,600 dalam serbuan di sebuah premis miliknya, malam tadi.

Dalam kenyataan, Polis Marin Wilayah 2 Mersing memaklumkan, serbuan dilakukan jam 9 malam semalam diketuai Pegawai Pemerintah Markas Taktikal Pasukan Polis Marin ( PPM ) Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad, hasil maklumat orang ramai.

“Susulan serbuan itu kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun bagi membantu siasatan selepas menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam premis berkenan” katanya.

Ujarnya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Mersing untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksima 7 tahun atau denda RM10,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini