Tumpuan :
Nasional

Polis Marin Sarawak rampas bunga api RM21 juta

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

KUCHING: Pasukan Polis Marin Sarawak Wilayah 5 (PPMW5) merampas pelbagai jenama bunga api yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas, di utara Sarawak, Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, seorang lelaki warga Indonesia, yang juga kapten kapal itu, turut ditahan.

“Ketika pemeriksaan ke atas kapal kargo itu, pasukan serbuan menemui kira-kira 100 kotak bunga api pelbagai jenama yang disyaki diimport dari luar negara.

“Kapten kapal itu kemudiannya ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana membawa masuk bunga api itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini