comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis nafi siasatan terhadap GISBH dilakukan secara keterlaluan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain menafikan dakwaan bahawa siasatan terhadap GISB Holdings (GISBH) dijalankan secara keterlaluan.

Beliau berkata sebaliknya kes terhadap syarikat itu dijalankan secara teliti serta mematuhi undang-undang.

“Kami menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dan tidak akan bertindak keterlaluan.

“Ini bukan bermaksud kami menjalankan siasatan ini tanpa berpandukan undang-undang, (kami mendapatkan) bantuan daripada semua agensi, termasuk LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Pada 11 September lalu, polis melancarkan ‘Op Global’, di mana serbuan dilakukan di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH.

Rentetan itu, polis Selangor turut menyerbu premis perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan utama dengan GISBH dalam satu operasi di Bandar Country Homes, Rawang.

Syarikat itu didakwa terbabit dalam aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan ajaran kebencian.

Bagaimanapun, GISBH menafikan dakwaan eksploitasi kanak-kanak dan penderaan seksual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini