comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Pahang sahkan seorang Ketua Polis Daerah ditahan

Foto hiasan

KUANTAN: Polis Pahang mengesahkan penahanan seorang Ketua Polis Daerah dari negeri itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang.

Artikel berkaitan: Ketua Polis Daerah ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang membabitkan pegawai polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah ditahan SPRM Pahang kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

Pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Kata kenyataan itu lagi, bayaran itu disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini