comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis pertingkatkan kawalan di sempadan negara ketika kemarau

Foto hiasan

PASIR PUTEH: Kawalan di sempadan negara dipertingkatkan ketika musim kemarau.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menjadikan kawalan di sempadan lebih digeruni.

Kata Muhammad Zaki, pihaknya membuat tiga lapisan kawalan terutamanya memperketatkan kawalan di lapisan kedua dengan lapisan pertama yang dikawal oleh pihak Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Trend penyeludupan musim kemarau masih ada percubaan, tapi sedikit percubaan (untuk masuk sempadan) tapi kita tak akan leka dengan keadaan sekarang (musim kemarau).

“Kita akan patahkan cubaan penyeludupan samada berkaitan dadah atau pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Tambahnya, polis Kelantan turut melaksanakan kerjasama antara Ketua Polis Daerah (OCPD) negeri dan OCPD di negara jiran bagi mengawal sempadan.

“Dengan cara ini (kerjasama OCPD), kita lebih cepat sampai di sempadan dan bertindak jika ada sebarang kegiatan penyeludupan atau jenayah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki turut mengingatkan rakyat Malaysia dan Thailand supaya menggunakan laluan yang sah bagi urusan keluar masuk ke dua lokasi ini terutamanya penduduk Thailand yang masuk bekerja di Kelantan yang akan pulang mengundi pada 14 Mei ini.

Loading...
Terkini