Tumpuan :
Nasional

Polis rakam keterangan ADUN Kijal 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini, bagi dirakam keterangan berhubung kenyataan palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang diiringi peguamnya, Nizam Amin tiba di IPD Kemaman jam 9.50 pagi tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Setakat ini, polis hanya terima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Rabu lalu, SPRM membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu didakwa dikeluarkan Razali dalam ceramahnya
di majlis pelancaran jentera PRK Parlimen Kemaman pada 10 November lalu yang dimuat naik menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok.

Razali dilapor menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan.

Loading...
Terkini