comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis rakam percakapan Howard Lee

 

PETALING JAYA: Polis merakam percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee petang tadi susulan kenyataannya yang didakwa menghina agama Islam dengan membuat tafsiran terhadap Surah An Nisa ayat 59.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata rakaman percakapan dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah jam 3 petang tadi di Ipoh, Perak.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Kertas siasatan katanya akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

Orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang berhubung isu 3R.

Tindakan tegas menurut beliau akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini