comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis rakam percakapan Muhyiddin pagi ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan MIDA di Jalan Sentral pagi ini. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini menjadi tumpuan kira-kira 20 pengamal media pagi ini.

Ia susulan laporan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan beliau ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, petugas media dihalang untuk membuat liputan termasuk mengambil gambar di bangunan berkenaan.

Terdahulu, Muhyiddin dilihat masuk ke bangunan terbabit pada jam 9.28 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada Selasa ini untuk diambil keterangan.

“Ada dua kertas siasatan dibuka terhadap Tan Sri Muhyiddin susulan kenyataan beliau berkaitan ‘fatwa’ dan kenyataannya berkenaan orang Melayu akan hilang kuasa. Jadi, kita akan panggil beliau pada 12 September ini untuk diambil keterangan,” katanya.

Loading...
Terkini