comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sahkan 131 tahanan lolos dari Depoh Imigresen Bidor

 

TAPAH: Seramai 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) disahkan polis melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor, di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi mereka terdiri daripada 115 lelaki etnik Rohingya, dan 16 lelaki warga Myanmar.

Beliau berkata, usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan bantuan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman.

Difahamkan seorang PATI yang lolos maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor di sini.

“Setakat ini, belum ada tangkapan terhadap Pati yang lolos itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4015222,” katanya hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 223 dibaca bersama Seksyen 224 KK, dengan usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalanka

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini