comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sahkan kereta halang lalu lintas disaman

Foto tular kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan Sultan, Petaling Street hingga menghalang lalu lintas.

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengeluarkan saman ke atas kereta yang menghalang lalu lintas di Jalan Sultan, Petaling Street, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan satu video tular memaparkan kejadian itu dan siasatan siasatan mendapati ia berlaku pada 29 September lalu.

Menurutnya, kenderaan itu sudah diambil tindakan saman mengikut kesalahan LN 166/59 016 (1) Halangan Lalu lintas.

“JSPT Kuala Lumpur sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas, terutama di kawasan pusat bandar.

“Nasihat saya kepada semua pemandu supaya lebih peka dan bertanggungjawab serta tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga mengganggu laluan kepada pemandu lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pengguna perlu prihatin dan fikirkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan dan ia membabitkan kenderaan bomba dan ambulans.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pemandu ini boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain dan pihak JSPT akan mengenakan saman serta kenderaan boleh ditunda oleh pihak penguatkuasaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini