comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sedang mengesan suspek terlibat dalam kekecohan di sebuah stadium

FOTO: PDRM

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah  mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi tadi, mengenai kejadian tersebut yang menyebabkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong, dirosakkan.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini