Tumpuan :
Nasional

Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab Saudi di Lebuhraya PLUS

Foto hiasan

REMBAU: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, laporan polis mengenai kejadian tersebut diterimanya semalam.

“Kejadian berlaku semasa pengadu yang berusia 50 tahun sedang memandu kenderaannya di Lebuhraya PLUS arah utara dalam daerah Rembau sebelum ditahan oleh polis berkenaan.

“Lelaki itu mendakwa telah diperas ugut oleh beberapa pegawai polis dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap individu dalam pasukannya didapati melakukan kesalahan undang-undang yang boleh mencalarkan imej polis.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini