comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat hantaran media sosial hina Nabi Muhammad

 

Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI: Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tangkap layar hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seorang pengguna akaun Facebook berasal dari Pontian, tular sejak kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, polis setakat ini menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu.

Katanya, polis sudah selesai merakam keterangan pengadu dan membuka kertas siasatan kes berkenaan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

“Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan semua pihak bertenang dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.

“Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam terutama membabitkan isu agama, bangsa dan raja (3R),” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Tangkap layar hantaran komen pemilik akaun Facebook berkenaan yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dikongsi warganet di beberapa akaun komuniti sehingga mendatangkan reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Pengguna internet juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun terbabit kerana menimbulkan provokasi melampau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini