comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis siasat kenyataan Hadi ditujukan kepada raja, pelbagai pihak lain

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ yang disiarkan di portal berita milik parti itu pada 20 Februari lalu.

Ia didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk raja Melayu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, keterangan Abdul Hadi belum dirakam lagi setakat ini kerana beliau masih tidak sihat,” katanya pada BH, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini