comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat tragedi kebakaran korbankan tiga sekeluarga

KUCHING: Polis membuka kertas siasatan berkaitan tragedi kebakaran sebuah rumah di Kampung Gita di sini, yang mengorbankan bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan dua ahli keluarganya malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, dan siasatan dijalankan sebaik menerima laporan berhubung kebakaran itu.

“Polis mengesahkan mangsa yang maut di tempat kejadian iaitu seorang lelaki dan anak perempuan serta cucunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pasukan dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menjalankan siasatan kebakaran rumah di Gita, Kuching hari ini.

Turut berada di lokasi Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Datuk Khirudin Drahman.

Pasukan Penyiasatan Kebakaran turut dibantu Unit Pengesan K9 JBPM Sarawak.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa yang maut dikenali Affendi @ Pandi Keli, 69, anaknya Aneeqa, 35, dan cucunya Nor Hasyidah Ajis, 22 dan bukannya anak saudara seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kesemua mangsa ditemukan terperangkap di tingkat atas rumah dipercayai lemas akibat asap tebal.

Loading...
Terkini