comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahadi

JERANTUT: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang wanita yang mengaku dirinya Imam Mahadi menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB) miliknya yang tular.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, berkata pihaknya sudah menerima laporan berkaitan dakwaan wanita itu.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 34 tahun yang juga ibu tiga anak itu tinggal berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Kuala Lumpur.

“Siasatan awal juga mendapati wanita berkenaan pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital di Kelantan.

Setakat ini, kami sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Hantaran disyaki oleh wanita itu yang dipercayai bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini, tular menerusi akaun FB, Jerantut Viral sejak semalam.

Dalam hantaran berkenaan, orang ramai dialu-alukan membuat laporan kepada jabatan agama dan pemilik akaun mendakwa dia akan membuktikan dakwaannya berkait Imam Mahadi itu.

Antara dakwaan dalam hantaran terbabit, individu berkenaan mendakwa diamanahkan untuk menghentikan peperangan di Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini