comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat warga asing buat ancaman bom di pusat beli belah ternama

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan panggilan ancaman bom yang diterima oleh pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah di sini kira-kira jam 5.38 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, panggilan daripada seorang lelaki asing itu dipercayai dari luar negara turut menyasarkan sebuah hotel di pusat membeli belah itu.

“Pengurusan Southkey mereka terima ancaman mengatakan dapat panggilan telefon suara daripada seorang yang mengaku dia daripada luar negara.

“Bahawa dia telah meletakkan bom di kawasan ni Midvalley.

“Pihak polis khususnya daripada Unit Pemusnah Bom masih lagi menjalankan kerja-kerja mengesan di hotel dan juga di kawasan pusat membeli belah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, dianggarkan seramai sembilan ribu pengunjung berada di dalam pusat membeli belah itu ketika panggilan diterima.

Seramai 12 pegawai kanan dan 60 pegawai rendah polis termasuk unit pemusnah bom dan dua unit K9 dibantu pihak bomba membabitkan 24 anggota dan pegawai dengan kekuatan tiga buah jentera.

Unit pengesan bom dari Ibu Pejabat Polis Kontijen IPK Johor telah melakukan pemeriksaan di keseluruhan enam tingkat pusat membeli belah termasuk kawasan parkir bertingkat dan terbuka.

Polis mengesahkan kawasan parkir pusat beli-belah itu dalam keadaan selamat dan tidak menjumpai sebarang perkara tidak diingini.

Manakala pemeriksaan di hotel telah meliputi 90 peratus setelah 892 penginap hotel itu diarahkan mengosongkan bangunan setinggi 28 tingkat itu.

Polis masih menunggu laporan penuh daripada Unit Pemusnah Bom bersama Unit K9, sebelum membhat keputusan berhubung pengoperasian bangunan itu.

Kes disiasat bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini