comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan 7 lelaki, rampas 3 senapang patah

FOTO: PDRM

KLUANG: Polis menahan tujuh lelaki dan merampas tiga senapang patah serta 18 butir peluru hidup dalam serbuan di Kampung Baru Dalam, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, turut ditemui seekor kijang dan 12 ekor ayam hutan yang mati.

Bahrin berkata, suspek yang berusia lingkungan 34 hingga 39 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan saringan ujian air kencing didapati negatif.

“Pada jam lebih kurang 4.55 petang, penguat kuasa PERHILITAN bersama sepasukan polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Rengam menahan sebuah kenderaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Semua tangkapan direman selama lima hari bermula 2 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini