comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan Chegu Bard berhubung kenyataan kasino di Forest City

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis malam tadi, dipercayai berhubung kenyataannya mengenai kasino di Forest City yang dilaporkan Bloomberg.

Perkara itu disahkan Peguambela dan Peguamcara, Rafique Rashid yang berkata, anak guamnya kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Tangkapan terkait dengan hantaran dalam Facebook beliau berkaitan dengan Kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

“Siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman didengar di IPD Dang Wangi jam 8.45 pagi ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini