comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan individu terlibat pergaduhan di Jalan Pending

Tangkap Layar video tular pergaduhan dua individu di Jalan Pending, Kuching pada 30 April lalu.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lagi individu di Jalan Pending di sini pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Kormisner (ACP) Ashmon Bajah berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di tepi jalan Jalan Pusat kormersil Pending  jam 11.00 pagi semalam oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Penahanan suspek satu laporan polis yang diterima berkaitan satu video yang tular di aplikasi X berdurasi 20 saat berhubung kejadian pergaduhan antara dua individu di Jalan Pending.

” Kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada Jam 9.00 pagi 30 April lalu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati ia negatif penyalahgunaan dadah selain suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Katanya suspek kini ditahan reman di lokap IPD Kuching bagi membantu siasatan dan kertas siasatan kes terbabit kan diserahkan kepada Penolong Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk tindakkan selanjutnya.

Pada 30 April lalu, tular satu video dua individu bergaduh di tengah jalan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati  kerana tidak diberikan laluan.

Kes terbabit sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah yang membawa hukuman denda serta penjara jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini