comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan kekasih pelajar tingkatan 2 disyaki buang bayi

Kuching: Polis menahan kekasih pelajar tingkatan dua yang disyaki membuang bayinya dalam semak kawasan perumahan di Lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Samariang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada 11.05 pagi.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk kelakuan sumbang mahram dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan akan dihukum dengan sebatan,” katanya hari ini.

Pada 30 November lalu, media melaporkan pelajar tingkatan dua ditahan polis, selepas dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya di semak kawasan perumahan di Bandar Baru Samariang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dilapor berkata, pihaknya mengesan dan menahan remaja perempuan berusia 14 tahun itu di kawasan Matang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini