comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan lelaki kerana halang dan serang pegawai penguatkuasa MPBP

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menghalang anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 3.50 petang.

“Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

“Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Loading...
Terkini