comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis tahan lelaki tempatan gara-gara lakukan aksi drift hingga kemalangan

Oleh : Zahir Senapiah 

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes memandu secara merbahaya dan melakukan aksi ‘drift’ hingga menyebabkan kemalangan di Jalan Taman Desa Botani, dekat sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superitanden Shahrulanuar Mushaddat  Abdullah berkata, lelaki berumur 20 tahun itu ditahan jam 1.15 petang tadi.

Katanya, ia susulan satu video yang tular yang menunjukkan lelaki terbabit memandu secara merbahaya dan turut melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas lalu melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang parkir di tempat kejadian jam lebih kurang 12.15 pagi semalam.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu terlibat dapati tidak mengandungi sebarang jenis dadah” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksima  lima tahun dan didenda tidak lebih RM15,000.

Polis akan memohon reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap pemandu berkenaan di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini