comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tarik kelulusan sewa khemah bagi program berunsur politik

Foto ihsan PDRM

IPOH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menarik balik kelulusan sewaan khemah miliknya bagi satu program berunsurkan politik baru-baru ini untuk mengelak spekulasi dan salah faham kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata sebelum itu tular menerusi media sosial khemah milik Polis Diraja Malaysia dikatakan digunakan dalam satu program politik.

“Saya dimaklumkan IPD Taiping telah menerima permohonan sewaan khemah milik Kelab Polis IPD Taiping daripada seorang individu atas urusan majlis kesyukuran dan kami luluskan.

“Namun, apabila anggota tiba di lokasi majlis didapati situasi tempat pemasangan khemah tersebut mempunyai unsur politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan media FB Polis Daerah Taiping

Razlam berkata bagi mengelak timbulnya persepsi negatif masyarakat serta mencalarkan imej polis sebagai sebuah badan berkecuali, maka arahan segera pembatalan telah dilakukan.

“Saya telah arahkan agar kelulusan sewaan khemah kepada individu terbabit ditarik balik dan khemah terbabit tidak dipasang di lokasi program,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini