comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis teliti maklumat pelajar didakwa jadi pengintip di Norway

 

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Polis meneliti maklumat yang diperoleh dari pihak berkuasa Norway mengenai seorang pelajar Malaysia yang didakwa menjadi pengintip.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya dimaklumkan dalam satu taklimat mengenai perkara itu oleh Ketua Polis Negara semalam.

“Saya telah diberi taklimat Ketua Polis Negara (KPN) tengah hari semalam (Rabu) berkenaan latar belakang kes itu, tapi kami masih lagi menunggu maklumat lengkap.

“Maksudnya pasukan keselamatan Norway telah memberitahu pasukan keselamatan, memaklumkan pasukan keselamatan kita status individu berkenaan latar belakang dan segala bukti-bukti yang mereka pilih untuk berkongsi dengan kita,” katanya.

Tambah Saifuddin lagi, PDRM akan memberikan kerjasama dalam membantu pasukan keselamatan negara itu dalam siasatan yang dijalankan.

“Bahagian kita adalah untuk mengesahkannya, pertama tentu kena ada pengesahan warganegara.

“Kami telah terima pemakluman, PDRM sedang jalankan penelitian tentu kita akan gunakan seluruh instrumen sesuai dengan hubungan kedua negara ini.

“Ia sensitif dari sudut amalan pengintipan, polis masih lagi meneliti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2023 di Putrajaya.

Loading...
Terkini