comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tidak tolak kemungkinan aktivis Myanmar tinggalkan kediaman sukarela

Human Rights Watch mendakwa, Thuzar Maung (kanan) dan suaminya serta tiga anak mereka dikhuatiri diculik dalam ‘operasi terancang’ pada 4 Julai lalu. – foto NSPT/Ihsan HRW

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan aktivis Myanmar, Thuzar Maung dan keluarganya meninggalkan kediaman mereka secara sukarela, bukannya diculik seperti didakwa pihak tertentu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Zain berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tindakan keluarga itu nampak seolah-olah “sukarela”, lapor FMT.

Thuzar, suaminya dan tiga anak hilang dari kediaman mereka di Ampang, Selangor, pada 4 Julai lalu.

Human Rights Watch mendakwa, wanita berusia 46 tahun itu dan keluarganya dibimbangi diculik dalam “operasi terancang”, dengan memetik saksi serta rakaman CCTV di rumahnya.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis percaya sebaliknya.

“Berdasarkan apa dilihat dalam CCTV, tiada tanda-tanda mereka diculik. Semuanya (nampak) secara sukarela.

“Mereka masuk kereta secara sukarela, begitu juga anak-anak mereka dan kereta pun tidak dipandu laju,” kata Shuhaily.

Bagaimanapun, beliau tetap memberi jaminan, khususnya kepada masyarakat Myanmar, polis masih menyiasat kejadian itu sebagai kes orang hilang.

“Saya tegaskan kami belum tutup siasatan. Kami masih siasat dan jawab soalan daripada NGO, jadi saya tidak mahu orang awam menyangka kami dah tutup kes,” katanya.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Thuzar, yang tiba di Malaysia selepas lari dari negara asalnya pada 2015, mungkin diculik ejen yang bekerja untuk junta kerajaan Myanmar disebabkan sokongannya terhadap pergerakan prodemokrasi di negara itu.

Loading...
Terkini