Oleh: Juliana Sharin
PUTRAJAYA: Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan diedarkan esok.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementerian dan jabatan berkaitan boleh mendapatkannya dari kementeriannya.
“Manakala bagi orang ramai potret-potret ini akan disediakan melalui Jabatan Penerangan Negeri dan pegawai penerangan daerah” katanya pada sidang media.
Ia diberikan secara percuma.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.