Tumpuan :
Nasional

PPS terakhir di Kedah ditutup

Penduduk di Kampung Bohor di Alor Setar membersihkan kawasan rumah yang terjejas banjir.-FOTO: NSTP

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Banjir gelombang pertama yang melanda negeri Kedah pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibenarkan pulang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah berkata, PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Gunung, di sini, ditutup pada jam 4 petang tadi.

Seramai 243 mangsa daripada 60 keluarga yang berteduh di PPS berkenaan sehingga tengah hari tadi dibenarkan pulang selepas banjir surut di kediaman masing-masing.

Banjir mula melanda negeri Jelapang Padi itu pada 27 November lalu dengan Kubang Pasu daerah terawal yang terjejas.

Jumlah mangsa tertinggi direkodkan di PPS adalah 9,129 orang pada 1 Disember lalu.

Secara keseluruhannya, tujuh daerah terkesan membabitkan hampir 3,000 ribu keluarga yang berteduh di hampir 60 PPS yang diaktifkan di seluruh negeri berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini