comscore
Tumpuan :
Nasional

PPVIN Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan Beroperasi Hari Ini

Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan dibawah kelolaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mula beroperasi hari ini.

Pembukaan PPVIN berkenaan sekali gus menyahut seruan kerajaan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok kebangsaan

Bilangan penerima vaksin yang terlibat di Kompleks Rapid Bas Cheras Selatan adalah seramai 2,914 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan operasi perkhidmatan bas.

Selain daripada menyediakan pusat PPVIN, Prasarana turut menyediakan kakitangan sendiri untuk bertugas sebagai sukarelawan bagi membantu kerja-kerja kawalan pergerakan penerima vaksin, logistik dan pendaftaran.

Pembukaan PPVIN ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan pemberian vaksin kepada sektor pengangkutan yang dikategorikan antara salah satu perkhidmatan perlu (Essential Services) bagi memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas dan dalam masa yang sama memastikan kelangsungan hidup rakyat.

Sebelum ini Prasarana juga telah membuka PPVIN bagi sektor pengangkutan darat di Stesen LRT Putra Heights yang mula beroperasi 19 Julai lau.

PPVIN Stesen LRT Putra Heights mampu menampung 2,598 penerima vaksin yang terdiri daripada kakitangan Prasarana khususnya daripada perkhidmatan rel dan juga kakitangan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Loading...
Terkini