comscore
Tumpuan :
Nasional

Premis makanan kotor diarah tutup serta merta

KUALA NERUS: Satu premis menjual makanan di sini diarah tutup serta merta selama 14 hari kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Kasemani Embong berkata, premis makanan itu diarah tutup apabila pemeriksaan mendapati 11 pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid

Arahan penutupan premis makanan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Pengusaha premis makanan itu dibolehkan membuka semula operasi selepas semua pekerjanya menunjukkan bukti sudah melakukan suntikan tifoid serta melakukan kerja pembersihan seperti ditetapkan.

Terdahulu, Dr Kasemani merasmikan majlis penutup Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam ke-dua negeri di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, sebanyak 78 premis diperiksa dalam Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam, yang diadakan hari ini.

Katanya, sebanyak 99 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan jumlah kompaun berjumlah RM24,055.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini