comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Presiden persatuan penternakan direman beri suapan percepat tuntutan subsidi

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat, antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi suapan kira-kira RM17,000 kepada pegawai di sebuah kementerian.

Suapan itu bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur berjumlah kira-kira RM600 juta sejak Mei lalu.

Seorang lagi yang ditahan adalah pekerja lelaki kepada pengarah berkenaan yang berusia lingkungan 30-an.

Menurut sumber, pengarah syarikat berusia lingkungan 40-an yang juga presiden persatuan berkaitan penternakan di Subang Jaya, Selangor ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Bagi tempoh lima bulan sejak Mei lalu, bayaran subsidi yang telah dilunaskan berjumlah RM600 juta melibatkan lebih 300 syarikat penternakan ladang ayam pedaging dan ayam penelur seluruh negara,” kata sumber.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengarah syarikat itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

Bagaimanapun, pekerja kepada pengarah berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini