KLUANG: Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh antara pegawai polis terawal mengundi di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis di Kluang jam 8.07 pagi tadi.
Beliau antara 401 pegawai dan anggota polis yang mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Tinjauan Buletin TV3 mendapati proses mengundi awal bagi pegawai dan anggota polis tersebut berjalan lancar sebaik pusat mengundi dibuka jam 8 pagi.
PRK DUN Mahkota, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, menyaksikan pertembungan antara calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.