comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Pengerusi SPR buat tinjauan di pusat pengundian perumahan polis

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun membuat tinjauan di pusat pengundian di Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

KLUANG: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun membuat tinjauan di pusat pengundian di Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang jam 8.38 pagi tadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit bagi meninjau proses pengundian melibatkan 401 anggota dan pegawai polis berkenaan.

Ramlan seterusnya bergerak ke Kem Mahkota Kluang bagi meninjau proses pengundian melibatkan 3,865 anggota tentera dan pasangan.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati proses mengundi awal bagi pegawai dan polis tersebut berjalan lancar sebaik pusat mengundi dibuka jam 8 pagi.

PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, menyaksikan pertembungan antara calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini