comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Sungai Bakap: Calon dari PH, PN telah serah borang pencalonan

NIBONG TEBAL: Setakat jam 9.25 pagi, dua calon dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)  telah menyerahkan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim.

Ia membabitkan Calon PH, iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, 60. manakala calon PN yang mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.

Pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini dibuka jam 9 pagi tadi.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini