comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK DUN Sungai Bakap: Cuaca mendung di pusat penamaan calon

Foto: NSTP

NIBONG TEBAL: Suasana di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, di sini mula dibanjiri anggota polis, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak media yang hadir membuat liputan.

Cuaca ketika ini mendung dan dilaporkan beberapa lokasi di daerah Seberang Perai Selatan mengalami hujan renyai.

Keadaan tenang seperti dilaporkan BH, dengan pihak polis menjalankan kerja pengawalan lalu lintas bagi memastikan kelancaran trafik terkawal.

PRK DUN Sungai Bakap dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)

Calon PH diwakili bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, 60 manakala PN mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.

Foto: NSTP

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai depan, manakala hari mengundi 6 Julai, dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam 5 Julai.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini