comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Sungai Bakap: Pusat penamaan calon ditutup jam 10 pagi

FOTO: NSTP

NIBONG TEBAL: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap ditutup jam 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula jam 9 pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat Penolong Pengurus Pilihan Raya, Syamsul Fitry Ahmad di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Terdahulu, penyokong calon yang bertanding mula berkumpul di sekitar dewan berkenaan seawal jam 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK kawasan itu, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini hingga 11.59 malam 5 Julai depan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini