comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: 4 bekas calon BN dekati pengundi `merajuk’, atas pagar 

Calon Barisan Nasional Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tengah) bergambar bersama pengundi dan petugas di PDM Kampung Chabang sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. – Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Empat bekas calon Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, bertekad membantu mendapatkan undi lebih besar kepada parti itu dalam  memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

Ketua Urusetia Dewan Undangan Negeri (KUDN) Chukai, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin, berkata  jentera pilihan raya BN bagi empat DUN dalam Parlimen Kemaman sudah diaktifkan sejak Ahad lalu.

“Kita bukan sahaja menemui ahli UMNO, malah pengundi atas pagar dan pengundi ‘merajuk’ dengan parti, agar memberi sokongan serta undi kepada calon BN Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika PRN Ogos lalu, keseluruhan undi bagi empat calon BN dalam Parlimen Kemaman adalah 38,542 undi, berbanding empat calon PAS yang mengumpul 67,239 undi.

Pada keputusan PRN Ogos lalu, DUN Chukai menyumbangkan undi kepada calon BN sebanyak 10,288, Kijal (9,645), Kemasik (7,273) dan Air Putih (11,336).

Justeru, menurut Mohamed Rahim, jika penambahan undi diperoleh sehingga 50 peratus, BN dijangka mampu merampas kerusi Parlimen Kemaman yang dikuasai PAS sejak PRU-14.

“Kita bersama dengan jentera pilihan raya daripada semua bahagian akan gandakan usaha bagi meningkatkan jumlah undi BN,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini