comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 26 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi, keputusan jangka diketahui seawal 9 malam ini – SPR

 

Foto: NSTP

KUALA KUBU BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu di sini, dapat diketahui seawal jam 9 malam ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata, jangkaan itu dibuat selepas semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

“Kita menjangkakan keputusan diperoleh selepas jam 9 malam dan harapnya sebelum perlawanan bola jam 10 malam.

“Kita yakin proses penjumlahan berjalan lancar dan cepat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

SPR memaklumkan sebanyak 26 peratus telah keluar mengundi setakat jam 11 pagi tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi akan mula dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup jam 2 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini