comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 32.51% keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari – SPR

 

Foto: NSTP

HULU SELANGOR: Sebanyak 32.51 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari tadi bagi  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) hari ini.

Ia dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan.

18 pusat mengundi yang terdiri daripada 74  saluran mula dibuka dari jam 8 pagi tadi hingga  jam 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, dijangka ditutup jam 2 petang ini.

Ia membabitkan 39,362 pengundi biasa.

Selasa lalu, 97 peratus atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini